Friday, September 01, 2006

Merdeka!

To my friend from Indonesia:
Merdeka!Merdeka! Merdeka! Nyaring suara dilantarkan di stadium merdeka KL 49 tahun lalu. Penjajahan yang kejam telah berlalu,bagaikan cerah selepas ribut taufan! Namun begitu, 49 tahun kemerdekaan, tiada perubahan yang obviously dari segi isi hati. Masalah2 yang menimbul kian menjelajah, sehingga menteri lupa memesan rakyat mengibar jalur gemilang pada bulan kemerdekaan tahun ini. Sistem pendidikan yang berbentuk suap-makan, mana datangnya tunggak negara akan datang. Yang dipupuk hanya pentingkan diri, sehingga lupa identiti sendiri serta tanggungjawab kepada masyarakat. Itulah serba sedikit perasaan ku dalam harijadi tanahairku. Betapa riang percuk api di langit KLCC, betapa banyaknya jalur gemilang di hadapan bangunan; hati kemerdekaan tetap sama, tetap pedam dalam hati.